Wednesday 19 October 2016

PART 1 : BERCUTI KE PERTH (AUSTRALIA)

Hi semua.. seronoknya ada blog.. sbb aku boleh cerita sesuka hati aku.. ntah ada orang baca ke ta..
tak pelaaa syok sendiri.. hahaha.. zaman sekolah dolu aku rajin tulis dalam diary.. (buku diary yang berkunci) tapi abg aku dan kawan2 die sebuk rosakkan diary aku semata2 nak curi baca isi kandungan diary aku.. HAHAHA lawak.! lawak.! lawak.! ok the end..

Kali ni nak buat entri pasal pengalaman ke perth australia. urmmmmmm seronok sangat.. seriusly..
korang yang nak fly ke sana confirm excited kan.. google sana google sini untuk panduan ke sana. betul tak?
kalo ta, mcm mana bole sesat ke sini? hihihi..

Okay. macam mana aku boleh ke perth? cerita die mcm ni.. actually semua ni tak dirancang.. aku beli tiket tahun lepas, setahun baru fly hehehe. aku fly 16 august 2016, bulan 8 haritu.. baru je lagi.. still fresh ingatan aku kalo nak cerita semula.. almaklumlaahhh aku ta cerita pon pada kengkawan aku kesana pengalaman aku semua.. sbb nanti dowg menyampah. baik aku share pengalaman aku dekat sini.. mesti ada yg baca.. siapa? korang laa.. hahahaha

Aku pergi ke perth dengan my beloved husband. time beli tiket haritu. die boyfriend aku. cuma time tu kami planning nak kawen. so kononnya ke perth ni untuk honeymoon. aku kesana of course ! naik air asia.. time tu air asia tengah promosi.. mmg MURAH 2orang pergi balek ta sampai RM1k pon ticket.. jadi sape yang ta nak grab? teringin sgt nak travel ke negara omputeh aku pon terus call en.suami "abg jom pergi ostalia, tgh promosi" die jawab "erghhh.. hurmmm sukatila" thats mean green light la tu. aku pon terus booking.. aku kesana 6 hari 5 malam (16.august until 21.august.2016) dan sempena bufday en.suami juga (16.august.).. =)

Harga ticket kami ke perth untuk 2 orang (pergi dan balek)



Lepas je beli terus google cuaca pada bulan tu.. bulan august adalah musim SEJUK dekat sana.. time tu berangan lebih, musim sejuk? salji? hahaha malaysia ni ta de musim sejuk ta ada salji. so mind set dah fikir bole laa rasa salji dekat perth.. tapi lepas tanya en.google ta ada salji ! rasa frust sedikit time tu pon ada...
well.. tapi ta mengapa lah..

Oleh kerana kami tahu dekat sana MUSIM SEJUK.. jadinya kami beli la baju sejuk untuk winter season..korang wajib kena ada baju sejuk kalo korang kesana pada musim sejuk sbb dekat sana walaupun ta ada salji. tapi suhu 10'c .. korang boleh bayangkan betapa sejuk nya dekat sana bila bandingkan suhu dekat KL 33'c / 25'c .. sejuk teramat sangat..

Ostalia perlukan VISA.. yes! kena ada visa.. time tu selamat la tanya en.google. Buat visa murah ke mahal? alorhhh murah je. aku buat RM30 seorang. Jadinya kalo 2 orang bersamaan RM60. korang bole buat dekat mana2 travel agent yg terdekat.. dan RM30 ni yang paling murah aku jumpa. (korang diwajibkan survey terlebih dahulu) kerana aku penah tanya travel agent company cina. meraka charge RM50 seorang. Mahalnya.. No ! No ! jadi konklusinya aku buat dgn travel agent company melayu. Ni details travel agent yang aku buat Visa tu.

Document yang diorang nak dan siap dalam masa 15minit.
1) Passport
2) Travel Itinerary 
---------------------------------------------------------------------------
Destinasi Travel and Tours Sdn Bhd
No 234 ,2nd floor,
Campbell Complex Jalan Dang Wangi.
50100 Kuala Lumpur.
Tel : 603 - 2692 6115
Fax :603 - 2693 1455
---------------------------------------------------------------------------

Penginapan disana? haha rata2 aku tanya en.google.. semua dok apartment kalo nak berjimat. tapi penginapan aku dekat sana aku pilih hotel. Sbb malas nak bawa brg basah dan malas nak berurusan dgn kastam dekat sana. Ostalia mmg sgt strict.. kang aku bawa segala makanan sampai sana kena buang.. ta ke lagi merugikan dan membuatkan aku menagis? jadinya kami ta nak pilih apartment dan kami pilih hotel je. lagi 1 aku ni memilih sikit.. Acommodation aku WAJIB/HARUS/MESTI kena ada BATH TUB.. hahaha.
cita rasa masing2. lain orang lain kan.. hotel ni pon korang kena pandai2 survey.. 5 malam dekat Ostalia majority kosnya RM2000+  dan kena pandai pilih lokasi. Hotel kami betul2 dekat bandar..hotel dekat sana mmg agak mahal. aku setahun awal sampai sehari sebelum fly masih survey hotel. kami booking hotel guna Agoda. knp? agoda lebih murah drpd booking.com. dengan agoda korang boleh book sesuka hati korang dan cancel sesuka hati korang. hihihi sbb tu kalo korang tgok dekat bawah ni "21 cancelled" hahahaha. kami pilih hotel THE GREAT SOUTHERN HOTEL PERTH untuk penginapan kitorang dekat sana.
hotel ni pon kebetulan je. aku aim hotel ni pon sbb ada bath tub dan lokasi yg strategik. sehari sebelum fly.. dpt email drpd Agoda promosi hotel dekat perth.. apa lagi cepat2 klik buka website die..Korang tahu kami dpt 5 malam hanya pada harga RM1,015.99 hotel TGSHP ni drpd harga RM1,998.25.. Ya Allah murahnya.. mmg rezeki dan dipermudahkan.. apa lagi kami cepat2 grab harga tu. yela kalo korang dah biasa dgn Hotel ni harga dorang ni suka2 berubah. mcm ticket flight la..Jadi kena cepat.. Malam tu juga terus bayar online guna maybank. 1 masalah selesai =) lega hati bila da confirm ada tempat penginapan untuk kami 6hari disana.
Harga penginapan kami ke sana 6hari 5malam :)
Kami tak guna kereta sewa dekat sana sbb susah nak cari parking dan harga sewa kereta agak mahal dan paling ta suka ada "security deposit" kalo guna Cash ta pela juga. ini tidak kena guna KAD KREDIT dan BAYAR DULU. kami pula mana ada kad kredit sbb mmg ta suka ada kad kredit dan ta nak ada kad kredit. kang swap sesuka hati pastu hutang bertimbun. No! No! No! kami travel guna train dan bas sahaja. sapa cakap ta bole? kami pergi semua tempat hanya dgn menaiki BAS dan TRAIN.. negara Ostalia maju. jadi korang jgn risau kalo tak sewa kereta dekat sana.. dan negara dorang aman kalo korang nak travel solo pon.. di jamin safety. nti aku cite aktiviti aku 6 hari dekat sana travel guna bus dan train di next entry. ok. :)

Mata wang tukaran bank BUY AUD pada rate 1aud : RM3.15 aku beli time tu dekat Mid Valley. Yup untuk pengetahuan korang dekat mana nak tukar duet foreign currency yg murah adalah dekat MID VALLEY. mmg murah.. aku kaki survey. jadi yg murah tu la aku datang.. hehehe.. TAPI, kalo korang nak jual duet AUD tu pula korang jual dekat NU SENTRAL, die beli mahal beb. rate time tu 1aud : RM3.20. pendek kan cite aku ta rugi beli duet DOLLAR ni.. hahahah malah untung 0.05 sen.. kalo nk jual semula duet aud ni makesure dalam bentuk NOTE, dowg ta accept untuk COIN..hihihi

Dan last sekali yang paling penting adalah PASSPORT. nak ke ostalia kena ada passport.. sblom fly check passport da expired blom.. kalo expired pergi renew. tapi aku dan en.suami kami mmg da ade passport siap2. Jadi nak travel tu mudah je la.. hihihi skrg ni nak renew passport kos RM200 untuk 5 tahun siap dalam masa 1 hari dan korang digalakkan dtg awal. sbb

Monday 10 October 2016

CARA NAK BUKA AKAUN SEMASA DI MAYBANK

Assalamualaikom semua..

kali ni sis nak buat entry pasal macam mana nak buka current account/akaun semasa syarikat dengan maybank?maybank apa tu? alorrhhhh bank maybank.. pada yg tak tahu tu.. ini laaa maybank.. hahaha



kenapa sis nak buat entry ni? sbb sis tahu rata2 dekat luar sana ramai sgt yg research pasal cara nak buka akaun semasa syarikat ni.. Tapi google banyak update pasal akaun semasa individual.. hahaha.. almaklumlaaa pernah juga sblom ni buat research.. tapi rata2 semuanya individual.. haihhh =,="
bertuahlaaa kalo korang jumpa post entry sis yg ni.. ta payah poning2 da.. sis akan update dgn lebih details insyallahh.. jom baca sampai habis.. kalo rajin.. hahaha

Okay entry ni sesuai untuk usahawan enterprise tak kisah lah persendirian, milikan tunggal, atao perkongsian..dan terbuka kepada semua jenis perniagaan. (etc: cafe, tudung, telekung, gadget dan lain)

Apa yang korang perlu buat : 
  1. Pertama sekali korang kena walk in mana2 branch maybank pergi ke counter minta borang buka akaun semasa syarikat.
  2. Korang kena buat rubber stamp BULAT (lengkap dengan company register no.)
  3. Sediakan duet untuk deposit buka akaun sebanyak RM2,000
  4. Cari introducer yang maintain akaun dengan maybank selama 1 tahun (nota: tak perlu cari introducer yang akaun duet masuk berpuluh ribu, cukop sekadar AKTIF 1 TAHUN ada transaksi dah memadai)
Mana nak buat rubber stamp BULAT..? korang pergi je mana2 kedai yang buat printing . confirm ada buat rubber stamp juga.. atao pergi je mana2 kedai yg mejual alat tulis / kedai buku.. process untuk buat rubber stamp 1-3 hari.. lama kan? tahu ta ape.. paling cepat pon. harini korang hantar esok ambik. ta pernah jumpa lagi harini buat harini dapat.. hahaha

Sediakan duet deposit RM2,000. sis rase korang ta ada masalah bab ni.. hahahaha sbb korang ada duet ni la korang nak buka akaun..

Introducer? okay part ni paling susah.. mana nak cari.. makcik2, kawan2 mmg ta ade la kan? jadi nak ta nak korang kena cari stranger untuk jadi introducer korang.. mcm sis, sis cari di google.. ramai juga yg  jadi introducer.. tapi something in return.. apa tu something in return.? hahaha ta paham? Introducer berbayar my dear.. berapa charge die? bergantung pada individu tersebut bole dikatan average RM50 hingga ke RM200.
Mahal? yup mmg mahal padahal minta cop dan sign dorang je.. huhuhuhu. tapi ada je yang sanggup bayar.. hee ~  masa sis buat dolu pon dengan stranger juga. jumpa di google search.. tapi alhamdulillah... die tak charge pon amount yg dikenakan.. padahal sis pon time tu mmg ready nak bayar.. haha beliau ckp sy ta nak duet.  cukop doakan bisnes sy maju jaya.. time tu bulan ramadhan.. Ya allah rasa terharu sgt.. macam doa termakbul oleh Allah. bila niat untuk buka akaun semasa syarikat dan berdoa setiap akhir solat agar dipermudahkan... yup mmg di permudahkan.. sampai ke harini sis sgt2 berterima kasih pada individu tersebut.. semoga tuan hamba dimurahkan rezeki sentiasa.. amin~ jadi korang pandai2 la cari introducer.. hehehe

bila dah lengkap semua borang korang tu.. dah dapatkan introducer punya cop bulat dan sign. boleh la korang hantar borang tersebut ke cawangan maybank yang korang ambil borang tu.. (perlu diingatkan nota: tak perlu bawa introducer sekali ke maybank). intoducer hanya perlu sign dan cop bulat pada lampiran borang yg disediakn oleh  maybank. itu je tugas dorang.. harap jelas ye semua.. hihihi..

Berapa lama tempoh process? 5 hari waktu bekerja.. (tips: kalo korang nak cepat.. bg permission pada pihak maybank untuk deposit RM2,000 tu auto debit direct account saving maybank korang). Insyallah cepat.. Rata2 sis buat research dowg cakap 2 minggu laaa, sebulan laa.. sis buat 5 hari je.. khamis buat.. rabu minggu depan dah boleh .. huhuhu

Bila semua dah Okay.. maybank akan call korang minta dtg ke maybank branch untuk amik no akaun korang pastu daftar maybank2u sekali.. dan korang akan dapat buku cheque time tu.. kalo bisnes korang tu partnerhip.. maybank2u korang akan ada 2 ID, maker and checker.. mcm dekat keje bank.. hahaha btw sis ex staff CIMB... Oleh kerana sis buat akaun semasa partnership dgn husband. jadi ade 2 ID lahh untuk maybank2u.. heheheh

Okay ! dah sampai penghujung entry sis .. semoga mudah paham dan membantu.. kalo ta paham bole tanya sis.. by the way dont assume buka akaun semasa is complicated.. No ! Ianya Mudah sgt, trust me..
bila da ada akaun semasa.. mudah lepas ni.. tak akan mengagu akaun saving korang.. korang akan tahu berapa total credit (duet masok) bisnes korang setiap bulan.. best kan.. huhuhu

JUMPA DI NEXT ENTRY..

Friday 7 October 2016

Telekung Lycra Korea


Hi semua.. 




Harini sis nak update telekung lycra.. alorhhh telekung lycra yg famaous amous tu... 
dah la banyak warna.. korang bole pilih warna kegemaran korang ! apa yang best telekung lycra ni? meh sini sis nak habakkk.. 

KEISTIMEWAAN TELEKUNG LYCRA 
  • Material : Lycra Korea
  • Kain Tebal dan Tidak Jarang
  • Telekung Labuh 
  • Telekung Tidak Melekap Pada Badan 
  • Sejuk Dan Sangat Selesa 
  • Berat Dan Tiada Masalah Bila Kena Tiup Angin
  • Always Ready Stock 
Harga Borong (Welcome Wholesale)

 Pilih warna kegemaran / Pick Your favrote Colours
10 pasang : RM250 @ RM25/pcs
20 pasang : RM230 @ RM23/pcs


Random Colours
10 - 20  pasang : RM200 @ RM20/pcs 

Terma & Syarat Borong
  • Borong 1 jenis telekung
  • Borong Tidak Boleh Campur Design Telekung Lain
Harga Tidak Termasok Postage


YOU ORDER MORE.. YOU PAY LESS.. Jom Shopping Di Chandelier Nuradz Shoppe


For Order atao pertanyaan : 013-2865811
Follow us Instagram : https://www.instagram.com/chandelier.nuradz.shoppe/
Like us Our Page: https://www.facebook.com/Chandelier.nuradz.shoppe/