Wednesday 19 October 2016

PART 1 : BERCUTI KE PERTH (AUSTRALIA)

Hi semua.. seronoknya ada blog.. sbb aku boleh cerita sesuka hati aku.. ntah ada orang baca ke ta..
tak pelaaa syok sendiri.. hahaha.. zaman sekolah dolu aku rajin tulis dalam diary.. (buku diary yang berkunci) tapi abg aku dan kawan2 die sebuk rosakkan diary aku semata2 nak curi baca isi kandungan diary aku.. HAHAHA lawak.! lawak.! lawak.! ok the end..

Kali ni nak buat entri pasal pengalaman ke perth australia. urmmmmmm seronok sangat.. seriusly..
korang yang nak fly ke sana confirm excited kan.. google sana google sini untuk panduan ke sana. betul tak?
kalo ta, mcm mana bole sesat ke sini? hihihi..

Okay. macam mana aku boleh ke perth? cerita die mcm ni.. actually semua ni tak dirancang.. aku beli tiket tahun lepas, setahun baru fly hehehe. aku fly 16 august 2016, bulan 8 haritu.. baru je lagi.. still fresh ingatan aku kalo nak cerita semula.. almaklumlaahhh aku ta cerita pon pada kengkawan aku kesana pengalaman aku semua.. sbb nanti dowg menyampah. baik aku share pengalaman aku dekat sini.. mesti ada yg baca.. siapa? korang laa.. hahahaha

Aku pergi ke perth dengan my beloved husband. time beli tiket haritu. die boyfriend aku. cuma time tu kami planning nak kawen. so kononnya ke perth ni untuk honeymoon. aku kesana of course ! naik air asia.. time tu air asia tengah promosi.. mmg MURAH 2orang pergi balek ta sampai RM1k pon ticket.. jadi sape yang ta nak grab? teringin sgt nak travel ke negara omputeh aku pon terus call en.suami "abg jom pergi ostalia, tgh promosi" die jawab "erghhh.. hurmmm sukatila" thats mean green light la tu. aku pon terus booking.. aku kesana 6 hari 5 malam (16.august until 21.august.2016) dan sempena bufday en.suami juga (16.august.).. =)

Harga ticket kami ke perth untuk 2 orang (pergi dan balek)



Lepas je beli terus google cuaca pada bulan tu.. bulan august adalah musim SEJUK dekat sana.. time tu berangan lebih, musim sejuk? salji? hahaha malaysia ni ta de musim sejuk ta ada salji. so mind set dah fikir bole laa rasa salji dekat perth.. tapi lepas tanya en.google ta ada salji ! rasa frust sedikit time tu pon ada...
well.. tapi ta mengapa lah..

Oleh kerana kami tahu dekat sana MUSIM SEJUK.. jadinya kami beli la baju sejuk untuk winter season..korang wajib kena ada baju sejuk kalo korang kesana pada musim sejuk sbb dekat sana walaupun ta ada salji. tapi suhu 10'c .. korang boleh bayangkan betapa sejuk nya dekat sana bila bandingkan suhu dekat KL 33'c / 25'c .. sejuk teramat sangat..

Ostalia perlukan VISA.. yes! kena ada visa.. time tu selamat la tanya en.google. Buat visa murah ke mahal? alorhhh murah je. aku buat RM30 seorang. Jadinya kalo 2 orang bersamaan RM60. korang bole buat dekat mana2 travel agent yg terdekat.. dan RM30 ni yang paling murah aku jumpa. (korang diwajibkan survey terlebih dahulu) kerana aku penah tanya travel agent company cina. meraka charge RM50 seorang. Mahalnya.. No ! No ! jadi konklusinya aku buat dgn travel agent company melayu. Ni details travel agent yang aku buat Visa tu.

Document yang diorang nak dan siap dalam masa 15minit.
1) Passport
2) Travel Itinerary 
---------------------------------------------------------------------------
Destinasi Travel and Tours Sdn Bhd
No 234 ,2nd floor,
Campbell Complex Jalan Dang Wangi.
50100 Kuala Lumpur.
Tel : 603 - 2692 6115
Fax :603 - 2693 1455
---------------------------------------------------------------------------

Penginapan disana? haha rata2 aku tanya en.google.. semua dok apartment kalo nak berjimat. tapi penginapan aku dekat sana aku pilih hotel. Sbb malas nak bawa brg basah dan malas nak berurusan dgn kastam dekat sana. Ostalia mmg sgt strict.. kang aku bawa segala makanan sampai sana kena buang.. ta ke lagi merugikan dan membuatkan aku menagis? jadinya kami ta nak pilih apartment dan kami pilih hotel je. lagi 1 aku ni memilih sikit.. Acommodation aku WAJIB/HARUS/MESTI kena ada BATH TUB.. hahaha.
cita rasa masing2. lain orang lain kan.. hotel ni pon korang kena pandai2 survey.. 5 malam dekat Ostalia majority kosnya RM2000+  dan kena pandai pilih lokasi. Hotel kami betul2 dekat bandar..hotel dekat sana mmg agak mahal. aku setahun awal sampai sehari sebelum fly masih survey hotel. kami booking hotel guna Agoda. knp? agoda lebih murah drpd booking.com. dengan agoda korang boleh book sesuka hati korang dan cancel sesuka hati korang. hihihi sbb tu kalo korang tgok dekat bawah ni "21 cancelled" hahahaha. kami pilih hotel THE GREAT SOUTHERN HOTEL PERTH untuk penginapan kitorang dekat sana.
hotel ni pon kebetulan je. aku aim hotel ni pon sbb ada bath tub dan lokasi yg strategik. sehari sebelum fly.. dpt email drpd Agoda promosi hotel dekat perth.. apa lagi cepat2 klik buka website die..Korang tahu kami dpt 5 malam hanya pada harga RM1,015.99 hotel TGSHP ni drpd harga RM1,998.25.. Ya Allah murahnya.. mmg rezeki dan dipermudahkan.. apa lagi kami cepat2 grab harga tu. yela kalo korang dah biasa dgn Hotel ni harga dorang ni suka2 berubah. mcm ticket flight la..Jadi kena cepat.. Malam tu juga terus bayar online guna maybank. 1 masalah selesai =) lega hati bila da confirm ada tempat penginapan untuk kami 6hari disana.
Harga penginapan kami ke sana 6hari 5malam :)
Kami tak guna kereta sewa dekat sana sbb susah nak cari parking dan harga sewa kereta agak mahal dan paling ta suka ada "security deposit" kalo guna Cash ta pela juga. ini tidak kena guna KAD KREDIT dan BAYAR DULU. kami pula mana ada kad kredit sbb mmg ta suka ada kad kredit dan ta nak ada kad kredit. kang swap sesuka hati pastu hutang bertimbun. No! No! No! kami travel guna train dan bas sahaja. sapa cakap ta bole? kami pergi semua tempat hanya dgn menaiki BAS dan TRAIN.. negara Ostalia maju. jadi korang jgn risau kalo tak sewa kereta dekat sana.. dan negara dorang aman kalo korang nak travel solo pon.. di jamin safety. nti aku cite aktiviti aku 6 hari dekat sana travel guna bus dan train di next entry. ok. :)

Mata wang tukaran bank BUY AUD pada rate 1aud : RM3.15 aku beli time tu dekat Mid Valley. Yup untuk pengetahuan korang dekat mana nak tukar duet foreign currency yg murah adalah dekat MID VALLEY. mmg murah.. aku kaki survey. jadi yg murah tu la aku datang.. hehehe.. TAPI, kalo korang nak jual duet AUD tu pula korang jual dekat NU SENTRAL, die beli mahal beb. rate time tu 1aud : RM3.20. pendek kan cite aku ta rugi beli duet DOLLAR ni.. hahahah malah untung 0.05 sen.. kalo nk jual semula duet aud ni makesure dalam bentuk NOTE, dowg ta accept untuk COIN..hihihi

Dan last sekali yang paling penting adalah PASSPORT. nak ke ostalia kena ada passport.. sblom fly check passport da expired blom.. kalo expired pergi renew. tapi aku dan en.suami kami mmg da ade passport siap2. Jadi nak travel tu mudah je la.. hihihi skrg ni nak renew passport kos RM200 untuk 5 tahun siap dalam masa 1 hari dan korang digalakkan dtg awal. sbb

1 comment:

  1. Harrah's Resort Atlantic City - Mapyro
    View map of 제주 출장안마 Harrah's Resort Atlantic City. 광주 출장샵 Harrah's 김천 출장안마 Atlantic City Hotel Casino and 대구광역 출장샵 Spa. Atlantic City, NJ. Map, 경상북도 출장마사지 Atlantic City, NJ

    ReplyDelete